Tuesday, 5 May 2015

Maksud tamadun

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan Tamadun ialah madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh diertikan sebagai peradaban.

Setiap masyarakat di dunia mempunyai definsi mereka yang tersendiri tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya Gordan Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat. Darcy Riberio dan R.A Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting salam konsep tamadun.

Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.   

Ciri-ciri tamadun
Menurut penulis buku teks sejarah tingkatan 4, usaha manusia untuk menyelesaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif. Kreativiti dan inovasi manusia bergantung pada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka. Oleh itu, proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini.

Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik. Kawasan yang dipilih untuk petempatan tetap amat penting untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan. Hasil inovasi manusia kemudiannya melahirkan kemajuan dalam pertanian, iaitu dari segi penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan binatang. Contohnya,ialah penciptaan peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi seperti sistem pengairan yang baik.

Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Kehidupan secara berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka. Pada peringkat awal, organisasi sosial atau masyarakat yang wujud adalah pada tahap yang paling ringkas iaitu keluarga.

Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Seseorang pemimpin ataupun raja selalunya menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan demi mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah. Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.

Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal. Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting. Keadaan ini boleh menghasilkan kemakmuran dan kestabilan politik yang secara langsung akan membawa pula kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi.

Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. Ini adalah kerana kedua-duanya amat berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian, dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal. Proses kemunculan tamadun bermula apabila manusia mencuba untuk memahami dan menyesuaikan kehidupannya dengan alam sekeliling.


Penciptaan bahasa dan sistem tulisan adalah sebahagian daripada perkembangan ilmu pengetahuan dalam proses pembentukan tamadun yang hasilnya dapat dilihat sehingga hari ini. Penghasilan sistem tulisan amat penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang, dan hal-hal keagamaan. Bahasa dan tulisan merupakan instrumen paling penting untuk menyampaikan, memperkembangkan serta mencatatkan idea dan pemikiran manusia.

Kosmo! Online - Negara

Kosmo! Online - Negara

Thursday, 9 January 2014

தமிழ்காரன்: திருநீறு மற்றும் சந்தனம் நெற்றியில் பூசுவது ஏன்?

தமிழ்காரன்: திருநீறு மற்றும் சந்தனம் நெற்றியில் பூசுவது ஏன்?: அறுகம்புல்லை உண்ணுகின்ற பசுமாட்டின் சாணத்தை எடுத்து உருண்டையாக்கி வெயிலில் காயவைக்க வேண்டும். பின் இதனை உமியினால் மூடி புடம் போட்டு எட...

pengacaraan majlis